Susah
untuk tidur malam merupakan satu gangguan yang menyusahkan, terutamanya
bagi mereka yang mau bangun awal pagi untuk bekerja. Gangguan tidur
atau insomnia ternyata boleh mengganggu kesehatan tubuh. Bahkan insomnia
yang berkepanjangan boleh memicu tekanan jiwa atau depresi.
Insomnia adalah satu bentuk
gangguan tidur yang ditandai dengan gejala-gejala seperti selalu merasa
letih dan lelah sepanjang hari dan secara terus-menerus (lebih dari
sepuluh hari) mengalami kesulitan tidur. Atau penderita sering terbangun
di tengah malam dan tidak dapat kembali tidur. Seringkali penderita
terbangun lebih cepat dari yang diinginkannya dan tidak dapat kembali
tidur.
Beberapa tips berikut yang
asalnya ditulis dalam Yahoo Health, dan diolah sedikit, mungkin dapat
membantu penderita insomnia agar segera terlelap tidur.
1. Hanya gunakan tempat tidur
untuk tidur, bukan untuk membaca, melakukan pekerjaan pentadbiran,
menonton televisyen, makan makanan ringan atau membuat panggilan
telefon.
2. Jika anda telah berbaring di
tempat tidur, tetapi rasa mengantuk tidak datang-datang, cubalah
beberapa teknik ini: Menghitung domba atau menghitung mundur dari 100
untuk menghentikan diri dari memikirkan berbagai macam masalah kelmarin
atau besok hari. Setelah itu, tarik nafas panjang selama beberapa saat
secara mendalam, tahan beberapa saat, kemudian hembuskan. Atau boleh
juga melihat beberapa sudut di kamar anda dengan saksama, sehingga mata
pun lelah dan ngantuk akan segera datang.
Bagi yang Muslim, jangan lupa
baca doa dan ayat-ayat AlQuran setakat termampu. Selain dari untuk
mendapatkan keberkatan, ia juga boleh menyebabkan rasa mengantuk dan
penat datang.
3. Jika anda tidak boleh tidur
setelah berbaring di tempat tidur selama 30 minit atau lebih, apa yang
harus dilakukan? Cubalah untuk membaca sesuatu yang sangat membosankan,
membiasakan rutin tidur dari jam biasanya, atau lebih cepat dari jam
sebelumnya.
4. Sebelum tidur sebaiknya anda
menghindari tembakau dan minuman yang mengandung kafein (tidak hanya
kopi, tapi minuman lain seperti teh dan soft drink).
5. Hindari alkohol sebelum
tidur. Bila minum-minum mungkin membuat anda berfikir dapat segera
memberikan rasa ngantuk yang ternyata tidak tepat. Kerana anda boleh
segera tidur, dan kemudian bangun dan sulit untuk tidur kembali kerana
efek dari alkohol yang diambil.
Sebaliknya, bila anda memilih
untuk makan malam beberapa jam sebelum tidur, penyelesaian ini lebih
tepat. Ini kerana, makan beberapa jam sebelum tidur dapat membuat tidur
terasa lelap.
6. Hindari tidur di depan
televisyen, dan cubalah bangun pada waktu yang sama setiap hari bukan
tidur seperti di hujung minggu. Latihan setiap hari untuk tidur dan
bangun pada waktu yang sama adalah untuk melatih adrenalin anda.
7. Beli katil dan rekabentuk
kamar tidur anda dengan ventilasi (sistem pengudaraan) yang baik serta
atur suhu udara yang membuat anda cepat mengantuk.
8. Anda juga dapat mencuba
beberapa cara lain, di antaranya, mandi air hangat, menikmati segelas
susu hangat, saling mengurut dengan suami / isteri atau mendengar musik
klasik (bagi Muslim dicadangkan mendengar bacaan AlQuran atau nasyid).
9. Gunakan penutup telinga bila anda termasuk orang yang tidak boleh terlelap bila mendengar suara bising.
Pokok pangkalnya, tubuh yang menjadi segar dan aktif pada waktu malam itulah yang menyebabkan jadi payah untuk tidur awal pada waktu malam. Maka cara-cara di atas adalah untuk membuat tubuh makin penat dan mata jadi lesu agar mudah untuk tidur dan lelap.
Begitu juga kalau sudah sentiasa diamalkan tidur lewat, dan tubuh menjadi cergas pada lewat malam, maka kebiasaan itulah yang akan membuatkan kita menjadi ketagih atau suka tidur lewat. Lama-kelamaan ianya menjadi satu tabiat dan akhirnya menjadi satu penyakit.
Pokok pangkalnya, tubuh yang menjadi segar dan aktif pada waktu malam itulah yang menyebabkan jadi payah untuk tidur awal pada waktu malam. Maka cara-cara di atas adalah untuk membuat tubuh makin penat dan mata jadi lesu agar mudah untuk tidur dan lelap.
Begitu juga kalau sudah sentiasa diamalkan tidur lewat, dan tubuh menjadi cergas pada lewat malam, maka kebiasaan itulah yang akan membuatkan kita menjadi ketagih atau suka tidur lewat. Lama-kelamaan ianya menjadi satu tabiat dan akhirnya menjadi satu penyakit.